Selamat menyambut Ramadan… | Wonderful motherhood
Wonderful motherhood

Sunday, September 9, 2007

Selamat menyambut Ramadan…

Pejam celik dan nak msk bulan Ramadan..yeye..kita akan berpuasa lg beberapa ari je …last week aku dh pulun mcm2 dr secret recipe (thx belated besday person), kfc (teman kwn sblh + buka posa) , nando’s (team lunch) , starbuck (habiskan voucher annual dinner dl)…waduh2 mcm2 betul..but, sedih sbb class mandarin dah habis (xsure bila aku akn sambung..but i have to work on it)….and tak lupa layan citer tikus (ratatouille..rat-a-too-ee) dgn geng perhentian

Best giler tgk citer tu…ANYONE CAN COOK…so aku yg terror masak air & megi ni pun blh jd chef klu kena gayanyer..hahaha..tak puasa lagi ni pun dah plan nak buka puasa ngan geng perhentian…

Kat sini aku sertakan kelebihan solat terawih (aku plg ingat mlm ke 24..sbb 24 doa..sbb aku ni fanatik no 24 kot sbb tu ler ingat…)

Malam 1 : keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 : diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 : berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 : memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 : Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 : datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 : Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 : Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 : Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 : Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 : Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 : Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 : Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 : Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

selamat menyambut bulan yg mulia ini..selamat berpuasa, tunaikan segalanya dgn ikhlas agar segala amalan kita diberkati, dirahmati, diterima dsb olehNya..selamat menunaikan solat terawih (zaman2 dulu ucapannya selamat ber"tara"kuih..sbb lps solat ada moreh mcm2..)
Isk2 tiba2 plak yg teringat bab solat terawih ni..yelah start solat terawih form 1..dahtu plak dok row hujung2 (sbb senior suh)..dahle baru belajar, dok belakang, ustaz baca surah panjang2 buat rasa mcm2 (marah, letih, mengantuk)..rasa2nyar dl ade jek yg tertidur sewaktu solat…tapi aku tak ler sampai tidur…cume mgkn pahala kurengg sbb rasa mcm lama sgt berdiri….tapi dh lelama ok dan seronok..

okla selamat untk semuanya…jgn ikutkan nafsu nnt boros plak…sederhana itu lebih baik…take care

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Widget by LinkWithin