Membeli baju anak dari US website (Alamak, terjebak sudah ! ) | Wonderful motherhood
Wonderful motherhood

Wednesday, June 25, 2014

Membeli baju anak dari US website (Alamak, terjebak sudah ! )

Shopping is my middle name :)

Rasa asik cerita shopping dan warehouse sale. Tapi beli pun ikut budget dan kena SALE (kalau takde SALE, cuci mata ajelah)

Rasa mcm baru2 ni dh keluar kat blog, portal hiburan “ Che Ta beli barang baby kat London”. Sekarang entri ni nk share yang kita pun boleh beli baju2 anak dari US website. (Amacam leh lawan Che Ta tak? Haha). So bolehla lepas ni anak2 bergaya, ibu2 berbelanja secara bijak

Tapi kena buh disclaimer siap2 la bila dapat barang ada tulis “Made in China, Made in Vietnam, Made in India” jangan la terkejut dan rasa tertipu. Memang baju2 tu dr US website dan harga pun dlm USD . Lagi satu diingatkan bahawa segala order dari US website via personal shopper ni mengambil masa 3-4 weeks or earlier than that (depends la kot2la kastam tahan ke so on)

I have to admit at first I thought that buying from overseas can be very expensive. But after checking and calculating, some clothes for the kids you can have at very reasonable price. Plus point, some design is not available here (Do I need to mention their designs are super cute, lagi2 kalau ada anak perempuan…).

Like mention in this post , I planned to buy clothes for my kid during Black Friday sale. (tapi lepas belek2 promo dan jugak rasa dah lama tak beli baju jalan2 yg molek, maka misi beli baju bermula)

Mesti ada yang tanya, kena ada credit card ke? kena ada Paypal ke? Camne nk beli baju2 comel US website ni? Kena tahan kastam tak? Ok Tarik nafas…tak perlu credit card, paypal…yang penting ada duit (again sila la waras, kira balik budget masing2 ye..kalau blom boleh beli lagi, simpan dulu duit, jeling2 je, tak pun beli sikit je).

Up to this entry, I have bought from this three personal shopper (diorang ni middle man, kira amik order, tracking the orders dan poskan kepada kita). Yang takde Instagram, silala create satu account, sbb ketiga2 ni akan update kat Instagram bila diorg bukak order untuk beli baju dr US website  - Gymboree, Carters, Crazy8, TCP etc (even tho diorang ada blog, tapi paling cepat diorg update thru Instagram). Yang baru2 nk berjinak dengan Instagram, sila la jangan takut…korang tak payah post ape2 gambar pun, yg penting follow orang2 yg korang nk follow untuk updates – kalau akaun depa ni private, sila sabar nanti diorg approve (tapi jgnla korang buh nama  nickname pelik2)


@jayjulia http://www.jojomagazine.com.my/
Julia memang amik order untuk Gymboree stuff sahaja. Tapi kalau korg consume Ephyra pun bolehla order sekali ngan dia untuk jimat kos pos. Kalau Julia kira harga barang RM3.5 x harga barang USD. Rasanya RM3.5 tu mengambil kira exchange rate.Kalau beli Gymboree stuff thru Julia free tax, free international shipping tapi kena bayar untuk Poslaju  (kalau beli 3-4 helai baju/ seluar dalam RM10)



@sayahappyslalu http://sayahappyslalu.blogspot.com/
Emi pulak amik order Gymboree, OKBG/ Carters, Crazy 8, Gap/Old Navy, TCP


@aida148 http://www.thecoffeeaddicts.com/blog/
Aida amik order for stuff Gap/Old Navy, OKBG/ Carters, TCP, Pumpkinpatch, Crazy8

Macam Aida and Emi dia ada calculation masing2 dan ikut brand mana, tapi selalunya darab current exchange rate (dalam 3.xx tax 10%) pstu ada shipping and handling cost (dr US ke Malaysia), dan jugak kos Poslaju. Tapi idakle sampai ratus2 shipping cost US ke Malaysia tu sbb kos ni pembeli2 share bersama. Kalau tak sure boleh tnya depa ni

Bila nk order just emailkan link item, no item, warna dan saiz ke email diorg. Then they will advise the payment. Order memang kena email ye, tak de pakai WhatApp sbb takut karang diorg tersalah order warna, saiz so on

Tips yang tak seberapa

  • silala amik barang yg sale up to certain %. Kadang memang boleh je sawan tgk sale depa ni. Recently Gymboree promo kids polo shirt, henley tee dlm $5.99 (so boleh jatuh RM21), tee dlm $5 (dalam RM17.50). Kalau kena gaya baju/ seluar tu harga lepas SALE memang reasonable dan mugkin lebih murah dari baju2 kat supermarket, shopping complex
  • sale US website ni memang sentiasa ada almost setiap bulan, cuma brg yg diskaun tu mungkin tak sama..kalau new  arrival tu takle diskaun/ diskaun tak berapa banyak, tapi later bila dah lama2 nanti ada less
  • full payment to the personal shopper
  • dari segi size bolehla refer kat website tersebut (but on average sama je cam beli baju kat sini, sbb myself beli baju saiz 4T kat Tesco, order saiz 4T/ 4). 
  • dari segi tebal kain, Insya Allah selesa – takdelah tebal sangat sesuai je ngan cuaca Malaysia. 
  • dari segi kualiti, Insya Allah bagus – jahitan kemas, fabric elok
  • lagi satu kalau barang tu murah sangat ada possibility untuk tak dapat membeli tu ada (contoh masa kita view barang tu available, by the time personal shopper ni checkout tak dapat barang tu…sila la jgn salahkan personal shopper sbb masing2 ni kerja full time, lepas tu secara logic dia akan check out banyak2 la)
  • like myself selalu ada masalah beli seluar, pinggang Afham kecik je so sekarang dah boleh beli seluar dan tak perlu belt tapi kena make sure description ada “adjustable waist” untuk shorts/ pants zip fly with button closure
Inilah adjustable waist...so tak payah pakai belt



Sekarang kita bagi cuci2 mata tengok design stuff US ni (betul ke cute?). Some of the items below dari Gymboree, Crazy8, Carters

Gymboree Neon Sunglass, beli sebab masa tu $2.99 (jatuh dalam RM10…beli kat pasar malam pun dapat harga ni kan? Jgn bimbang takde neon sakit mata sbb ni mcm spekmata budak2 biasa tu )




Kalau sale boleh dapat RM30 sepasang, kasut BUM budak pun dh RM49.90



Kalau ada girl, lagi rambang mata kot





Kalau ada yg interested preorder Gymboree sempat lagi sbb Julia mentioned  here preorder raya open till 3/7/2014 (Cuma barang yg korg minat tu still ada atau tak)

Shopping wisely! Ibu2 berbelanja secara hemat, anak2 bergaya :)

Baju beli kat GM pun kami pakai
Untuk cuci mata
http://www.childrensplace.com/
http://www.gymboree.com/
http://www.oshkosh.com/   http://www.carters.com/home?id=carters
http://www.gap.com/  http://oldnavy.gap.com/
http://www.crazy8.com/index.jsp


5 comments:

  1. wahhh best nya.rara xpenah lg beli baju US ni.hahahaha.apa yg ada kt mall.tu jelah beli.sampai dh bosan dgn baju poney. thanks for sharing =)

    ReplyDelete
  2. @rara - betul tu dh bosan balik2 beli baju ape ada kat mall..nk gak variety

    ReplyDelete
  3. tq for sharing dear..boleh la beli baju raya..

    ReplyDelete
  4. Ryyhan, can you change my IG account? I'm usin @coffee_addicts148 for any pre-orders. Thank you!
    Anyway, such a nice of you to share about this. I just noticed this! Sorry! Sorry! Thank you thank you thank you for promoting us ;)

    ReplyDelete

 
Blog Widget by LinkWithin