Buffet Ramadhan Casa Ombak | Wonderful motherhood
Wonderful motherhood

Tuesday, June 24, 2014

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Apabila menjelma bulan Ramadhan, secara tidak lansung Buffet Ramadhan akan menjadi tempat pilihan untuk berbuka puasa. Promosi Buffet Ramadhan samada di hotel-hotel mahupun restoran-restoran giat dijalankan melalui media sosial dan juga laman web diskaun kupon promosi.Harganya pula daripada puluhan ringgit hingga mencecah ratusan ringgit!

Namun, usah risau dan gundah gulana, kerana anda masih berpeluang berbuka puasa dengan pelbagai pilihan juadah dengan harga yang berpatutan. Sempena Ramadhan 2014, Ombak Creative menawarkan “Buffet Ramadhan Casa Ombak” dengan harga yang berpatutan.



Harga Buffet Ramadhan Casa Ombak 2014
Dewasa RM55 nett
Kanak- kanak (5-12 tahun) RM27nett

Ombak Creative merupakan syarikat Bumiputera yang mempunyai pengalaman melebihi 10 tahun dalam menguruskan catering, majlis perkahwinan, majlis korporat dan persendirian.

Pencapaian Ombak Creative juga amat membanggakan kerana telah tercalon dalam Malaysia World Blogger And Social Award 2014 (MSMW2014) dan berjaya terpilih tempat ketiga terbaik dalam kategori Business Blog (Sumber)

Anda juga tidak perlu risau dan ragu, kerana Ombak Creative memastikan “Buffet Ramadhan Casa Ombak” adalah halal.

Anda pasti terpegun melihat sebahagian hasil kerja Ombak Creative yang dipaparkan melalui media sosial

Antara hasil kerja Ombak Creativee

Majlis perkahwinan 
Majlis hari jadi

Buffet Ramadhan Casa Ombak akan memberikan anda pengalaman berbuka yang menarik. Casa Ombak terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur dan mempunyai kemudahan yang mencukupi termasuklah tempat letak kereta dan surau bagi muslimin dan muslimat menunaikan solat.


Alamat : Casa Ombak Banglo, No. 22 Jalan Damai off Jalan Ampang


Buffet Ramadhan Casa Ombak memberikan pembaharuan dan kelainan kerana kawasannya berkonsepkan taman (ala garden). Kita biasa mendegar perkahwinan dalam taman, namun berbuka puasa dalam taman amat jarang-jarang kedengaran. Dekorasi ringkas namun menarik menambahkan keserian konsep taman di Casa Ombak.



Tempahan untuk Buffet Ramadhan Casa Ombak adalah terbuka untuk semua (individu, kumpulan, keluarga dan syarikat). Bagi syarikat yang masih tercari-cari tempat untuk menganjurkan majlis berbuka puasa bersama staff dan anak-anak yatim, Buffet Ramadhan Casa Ombak menawarkan kemudahan yang bersesuaian termasuklah pentas dan mikrofon.

Terbaru, Buffet Ramadhan Casa Ombak turut menjadi pilihan selebriti Malaysia iaitu Izzue Islam dan Iqbal Ceria Popstar 2 bagi Majlis Iftar Amal.

Casa Ombak pilihan Izzue Islam dan Iqbal Ceria Popstar 2 bagi Majlis Iftar Amal


Menu utama Buffet Ramadhan Casa Ombak adalah pelbagai hidangan kampung. Ulam ulaman dan sambal belacan pasti dihidangkan di sini. Buffet stall terbuka dan instant cook stall corner memudahkan para pengunjung memilih dan menikmati pelbagai hidangan.

Kuih muih Melayu semestinya sebahagian daripada menu Buffet Ramadhan Casa Ombak

Sambal belacan dan ulam ulaman semestinya menu utama bagi sajian kampung

Instant food stall memudahkan lagi pengunjung menjamu selera

Kurma juga dihidangkan di setiap meja 

Menjanjikan suasana santai dalam taman dan hidangan kampung, Buffet Ramadhan Casa Ombak pasti tidak menghampakan anda.


Sebarang pertanyaan, maklumat lanjut dan juga tempahan, sila hubungi

Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062

Anda juga boleh melayari Ombak Creative di Facebook page Ombak Creative dan website www.OmbakCreatives.com

Selain daripada Buffet Ramadhan Casa Ombak, Casa Ombak juga tempat yang sesuai untuk pelbagai acara seperti majlis pertunangan, pernikahan, resepsi perkahwinan, Hi Tea,harijadi, baby shower, BBQ, majlis makan malam dan sebagainya. Malah pengambaran muzik video Hafiz AF bagi lagu Kesimpulan pernah diadakan di Casa Ombak.

Antara babak muzik video Hafiz AF di Casa Ombak

Muzik video Hafiz bagi lagu Kesimpulan  di Casa Ombak (Youtube)

Suasana santai dan selesa, harga berpatutan, pelbagai pilihan juadah pilihan, Insya Allah anda akan berpuas hati dengan Buffet Ramadhan Casa Ombak!

Bagi yang berada sekitar Kuala Lumpur dan mencari-cari lokasi berbuka puasa, bolehla mencuba Buffet Ramadan Casa Ombak.




8 comments:

  1. Dengan promosi begini, akan ramailah yang akan bertandang ke Casa Ombak ramadhan ni.

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak :)

    Nice entry, Jom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak (ˆ⌣ˆԅ)



    ReplyDelete
  3. salam ramadan al mubarak dari AUC
    moga ramadan tahun lebih elok dari tahun sebelumnya...



    http://www.anakulucheka.com/buffet-ramadhan-casa-ombak/

    ReplyDelete
  4. Assalam Terima kasih kerana sudi menyertai contest saya ini, semoga berjaya ya :)

    ReplyDelete
  5. Salam Ramadhan. Sungguh menarik entri anda. Buffet Ramadan Casa Ombak terbaik. Semoga berjaya...

    ReplyDelete
  6. Insaallah, akan terjah juga tempat ini. Harga yang sebegini siapa yang tak nak pergi kan...:)

    ReplyDelete
  7. entry menarik good luck
    http://adna2029.blogspot.com/2014/07/buffet-ramadhan-casa-ombak.html

    ReplyDelete

 
Blog Widget by LinkWithin