Karnival Upin & Ipin 2014 | Wonderful motherhood
Wonderful motherhood

Sunday, November 16, 2014

Karnival Upin & Ipin 2014

Dalam banyak-banyak kartun, Afham dan Alif amat menggemari Upin dan Ipin.

Buktinya ada kat bawah


VCD Upin Ipin. Tapi ada dua je sebab kebanyakan mereke menonton dia Youtube ataupun TV. Itupun satu dah hilang cover


Baju Upin dan Ipin

Merchandise Upin dan Ipin pun ada

Kek harijadi Alif (masa tu Alif suka Upin, sebab tu takde Ipin)


Tak cukup lagi? Afham dan Alif juga dah sampai ke Restoran Upin Ipin



Pengaruh Upin dan Ipin ni besar ke atas Afham dan Alif…Both siap boleh ajuk

“Hai saya Upin, ini Ipin”
“Betul, betul, betul….”
“Saya suka, saya suka”

Kalau ikutkan setiap karekter Upin Ipin ni ada trademark tersendiri, Mei Mei dengan “saya suka, saya suka”

Cuba tengok video Afham ni, cuba teka dia cuba tiru siapa?

“2 singgit….2 singgit”

Siapa lagi kalau bukan Mail.

Malah kalau jumpa kucing, tak kira warna hitam, kelabu, putih atau oren, Afham dan Alif akan panggil Apin (kecuali kucing jiran sebelah dipanggil kucing Tok Pah).

Tapi Afham dan Alif belum boleh berpantun 2 kerat macam Jarjit. Ha kalau diorang berpantun, jenuhlah ibunya nak berbalas pantun pulak :P

Ada satu perkara je Afham dan Alif tak pernah pergi, iaitu ke Karnival Upin & Ipin.

Tapi Insya Allah, minggu ini Afham dan Alif berpeluang berjumpa Upin dan Ipin dan rakan-rakan. Selain itu ada juga Ultraman!


Lagi seronok sebab percuma. Ye masuk percuma. (Tapi duit kena siap sedia untuk membeli barang-barang Upin Ipin..haha)

Jom semua ke Karnival Upin & Ipin 2014 ni


Karnival Upin & Ipin 2014
Lokasi : PICC, Putrajaya
Masa : 9 pagi – 10 malam
Tarikh : 21-23 Nov. 2014
Masuk  PERCUMA

Rasanya banyak aktiviti akan berlansung semasa Kernival Upin & Ipin 2014 ini.

Nak baca lebih lanjut dan bercountdown bolehla ke http://upindanipin.com.my/blog/ dan juga https://www.facebook.com/kelabupindanipin

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Widget by LinkWithin