Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest] | Wonderful motherhood
Wonderful motherhood

Friday, December 5, 2014

Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest]

Berita baik buat yang sukakan sale, kalau sebelum ini Lazada adakan Black Friday Sale, kali ini sempena 1212 Lazada ada sesuatu untuk anda.



Lazada Malaysia akan mengadakan Online Revolution Lazada pada 12 December 2014 iaitu 12 hari sebelum perayaan Krismas. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 24 jam. Dapatkan apa yang anda inginkan musim cuti ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen, barangan rumah, alat permainan dan peralatan sukan.


Angka 1212 tu memang cantik, dan jika ada RM1212, saya akan shopping barang-barang ini di Lazada


Nikon Coolpix S2800 20.1MP Red RM339.00

Kamera baru untuk gambar yang lebih cantik ! Kamera lama dah tak berapa focus, dan juga megapixel hanya 10MP

Kalau ikutkan hajat hati nak DSLR, tapi nak ambil gambar dengan 2 orang anak, maka compact camera yg sesuai. Warna merah tu betul-betul mencuri perhatian saya! Saya suka, saya suka..

Lagipun didatangkan sekali dengan 8GB memory card dan strap. Ditambah pula dengan ciri-ciri seperti 20.1MP, 5x optical zoom, dan ringan sesuai untuk dibawa ke sana sini. Waranti pun ada untuk selama setahun



Butterfly Air Fryer BAF-601D RM455.00

Air fryer untuk memasak hidangan tanpa menggunakan minyak. Selain menjadikan hidangan lebih sihat, pengunaannya memudahkan tugas memasak…tak ada minyak terpecik, atau ayam terhangit (maklumlah sambal memasak kadang kala sidai kain, pendek kata multi tasking)


Macam ni nak goreng nugget, fries ke sangatlah senang sebab ianya digital..selain goreng boleh juga baking, stir fry, buat roti bakar sebab complete set ada baking pan dan tools lain macam kat atas.

Jenama Butterfly ni bukan baru sejak dari 1935, kalau ikutkan masa kecil dulu, arwah mak masak kek dalam oven butterfly tau (kami panggil oven tong…sebab macam tong besar letak atas dapur)




Swiss Legend Men's SL-10042-01-BB Monte Carlo Black Silicone Watch RM329.00

Terakhir untuk suami, setiap kali jumpa kedai jam asyikla belek jam, belinya tidak. Untuk suami, saya belikan ini sebab harga asal RM2.5k, tapi dengan Lazada boleh dapat harga terbaik , diskaun sehingga 87%. Lagi best sebab kalau baca keterangan boleh bawak snorkelling dan berenang!

Eh ni berangan je tau, tapi kalau betul-betul dapat memang seronok!


Entri ini adalah sempena join contest (click banner di atas)

2 comments:

  1. wahhh air fryer tu sempoi gak tu kak. all d best. sy pon join berangan hehe



    http://ana-mizu.blogspot.com/2014/12/shopping-rm1212-at-lazada-malaysia.html

    ReplyDelete

 
Blog Widget by LinkWithin