Aktiviti bersama anak (indoor) Part II & Mr DIY | Wonderful motherhood
Wonderful motherhood

Tuesday, February 11, 2014

Aktiviti bersama anak (indoor) Part II & Mr DIY

Eh sejak bila la pulak ada part2 nih? Aha..ada la jugak baca aktiviti mak2 yg berhome school, cam seronok..

Sbb aktiviti ngan anak2 ni cam rojak maka rasa cam xlayak kot dikategorikan home school, so I panggil aktiviti bersama anak (hewhew suka hati la kan nak bg nama pe)

For this entry, all the items bought from Mr DIY *erk sejak bila Mr DIY ada mcm2 brg? Ha I pun xtau Mr DIY ada mcm2 yg boleh jdkan aktiviti ngan anak2 pdhal few times gak masuk Mr DIY..sbb nk carik fur balls, I started looking and searching for more stuffs that suitable for my kids*



#1 Learn to write ABC

Originally, I thought to buy ABC flash card that can write and wipe *konsep supaya xbanyak kertas, dan kekunun menjaga alam sekitar*. But I always have a problem with Afham and Alif, konsepnya kalau beli selalunya kena beli benda yg sama 2..kalau tak takut bergaduh..

Ingat nak beli ni...tapi


I found this ABC write and wipe book at RM3.30 *way cheaper than the flash card, so beli dua pun rasa hepi…dan jugak sbb buku so kurang la sikit sepahnya kan?*

Marker tu siap ada pemadam kat tutup


The book comes with marker pen and eraser on the pen cover itself.


Insya Allah kalau jumpa nk beli lagi sbb bila belek2 belakang buku ada gak tuk tulis 123 dan alif ba ta

In the series

Ni mmg khusyuk


Bukan menulis tapi conteng..alahai Alif




#2 Role play
Both of them selalu je main amik2 order, tapi yg paling kerap skrg Alifla..tiba dtg tnya “bubu, nk acik goreng tak? Sirap? Ayam?”

Patu kekunun serve makanan…ada sekali tu dia merajuk kata “ala…nak la main mak-mak”

Huhu main mak2 *I thought main mak2 ni ialah main doll khen?* rupa2nya inilah gelaran yg diorg main kat nursery *mak2 pun mak2la…*

I found this cleaner set at Mr DIY…*I remembered last time I almost buy it…siap buat entry ini lagi *. Mr DIY have this cleaner set at RM35 *tu meluap2 rasa nk beli sbb siapla vacuum, penyapu tu cuma dia xde troli simpan sume brg tu..brg pun kurang sikitla which is ok for the price*

Mengidam benda ni ..haha ibu yg lebey


Kat Mr DIY RM35...tapi nmpk kan beza ngan yg cleaner set yg I berangan nk beli kat atas tu

Ok ni ibu yg terlebih excited…mula2 tak boleh decide pstu Alif nk cleaning set yg ada baldi, sbb dia nk spray. Afham nk cleaning set yg ada vakum (ok ada 2 option cleaning, some items sama…lain on few items)

During that time, left with one 2 in 1 set (kitchen & doctor). Harga RM51…sbb pk depa selalu main mak2, dan set ni nampak cam ok sket (sbb lps main boleh masuk balik kotak…yg cleaner set tu kotak dia sekerat je…so kureng tang tu le)

Muka kena paksa amik gmbr

Bila dh beli, rasa worth it jugak sbb both of them boleh main serentak..(sbb mula2 I tak belek kotak tu ada tulis twice fun). Senang nk pasang dan bukak balik

Adala pan, sudip, stetoskop









#3 Plasticblock / Blockstoys/ Bricks
Ok..tak tau ape nama benda alah ni..beli pun sbb murah dan warna warni. One for RM1.50…so beli dua – sorg  satu, dan jugak sbb takut beli banyak2 kang xtau depa interested ke tak



Kat kertas dalam tu ada bg idea camni (buat bunga, binatang). Afham kata kat kindy pun ada wat mcm ni *huhu xtau le sama ke tak sama*



Not bad sbb Afham ralitla nk sambung2kan..Alif masih lagi terkial2 so mmg kena tolong2 la. I think this toy really good for creativity and imagination

Hasilnya Afham kata motorsikal *ok jelah layankan imaginasi*. Macam kena beli lagi few packets sbb lagi banyak lagi best rasanya

Motorsikal mini




So bolehla lps ni korg jenguk Mr DIY berdekatan…mcm2 ada, tapi xsure pulak kalau lain Mr DIY lain barangnya sbb myself try jugak carik Bolt and Nuts dan wooden block cam entri ibu ni tak jumpa lagi (so far kita gi Mr DIY dalam Tesco Bukit Puchong dan Jusco Seri Kembangan je)



#4 Puzzle
Chop..ada lagi satu aktiviti, tpnya barang x beli kat Mr DIY tapi beli kat Tesco *huhu nmpk sgt entry pukal…hehe #Iispemalasnkupdatebnyk2

Terjumpa 6 puzzle ni kat Tesco, harga kat situ tulis RM2.90, tapi bila bayar resit tulis RM0.98, which is singgit la ka…

Afham Alif adala main puzzle kat ipad, tapi kali ni kita bg challenge guna mini puzzle ni.

Alif mmg surrender, masih lagi terkial2..tapi Afham dh reti la jugak with a little help.

Trying his best

Masa mula2 main puzzle, Alif sibuk main ni...

Muka hepi dpt siapkan puzzle..ok ibu kena tolong2 jugak

Sbb Alif lom minat main puzzle ...maka kita suh dia sepit2 je

So itu sharing untuk kali ni..kalau ada lg aktiviti cam besh kita share lagi ye...
#Iistryingtobecreativemum


0 comments:

Post a Comment

 
Blog Widget by LinkWithin