Rasa macam blog ni dh start bersawang,
macam chipsmore pun ada…rasa macam dah tak de reader pun ada
But never mind, I still need to update,
because in future I will read it again
:)
Alif & punchline
#1 While watching Malay drama (ada sedikit
unsur gangster, tapi dah halfway)
Me : Kalau korang nakal2, ibu nak jadi
gangster (sambil pegang remote konon macam nak babap pakai remote)
Alif : Ibu tak boleh jadi gangster
Me: Kenapa?
Alif : Gangster tak pakai remote, gangster
pakai tangannnnnnnnnn…
#2
Me : Alif dh tak boleh hisap ***** dan tak
pakai pampers
Alif : Kenapa?
Me : Sebab alif dah besar, tahun depan kan
nak gi school cam Afham
Alif : Kakak Wani (nursery) kata Alif budak
kecik, Alif bolehla pakai pampers
Me : Tapi Alif dh besar
Alif : Alif mana besar, Alif kan adik Afham
(Rasa dia still ingat dia baby kot, adooila
Alif)
#3
Me : Let it go, let it go
Alif : Ibu tak betul tu
Me : Habis?
Alif : Kena tangan macam ni, kaki macam ni
(ok dia siap buat gaya Frozen tu)
Alif : Pastu ibu tak de ais
(Adeh ni penangan Frozen la, tak kan nak
kena sebijik2 ikut)
#4 (Cakap-cakap sebelum tidur)
Me : Afham, ibu gemuk tak?
Afham : Tak, ayah yang gemuk (sorry
husband, tu Afham yg cakap)
Me : Ye ke? Tapi ibu rasa dah gemuk
Senyap kejap
Alif : Ibu bawak kereta sloooooow, ayah
bawak kereta laju
Me : ??? (Apa kaitan pulak dah)
#5
Me:
Afham nak tak baju ni (sambil tunjuk phone, baju avengers)
Afham : Nak
Me : Alif nak tak baju?
Alif : (diam)
Me : Alif nak tak baju?
Alif : (diam)
Me : Alif nak tak baju?
Alif : Nak, tapi seluar mana? Takde ke?
Afham & Lovey dovey
#1 (Cakap-cakap sebelum tidur)
Afham : Ibu, Afham sayang kat Airis
Me : Airis mana ni? School Cik Lah ke?
(nursery)
Afham : Bukan
Me : Habis school GA?
Afham : Ha ah, nanti Afham nak cinta dia,
nak kasi dia cincin…..bla bla bla
Me : Afham kecik lagi la…
Afham : Tak pe nanti la
(Adeh budak 4 tahun dah tau suka budak
perempuan)
#2 (Monday morning and after a week school
holiday)
Me : Afham kena gi school GA hari ni..dah tak cuti sekolah dah ni
Afham : Yeay, boleh tenguk pompuan (muka
hepi gembira)
Me : Apa? Tak belajar ke?
Afham : Belajar tapi ada main jugak, boleh
tenguk Airis
#3 (Afham sibuk tenguk tumit ibu dia)
Afham : Ibu kenapa ni?
Me : Ermm, ni le..ibu dah tua (sambil buat
muka sedih)
Afham : Ala, Afham tak nak ibu tua, Afham sayang
ibu, jangan la jadi tua
Me : Tapi nanti Afham akan besar, tinggi
pastu jadi cam ayah
Afham : Ala, Afham tak nak besar..Afham nak
macam ni je..Ibu pun jangan la jadi tua
(ni sambil bercakap, dok sibuk peluk2..ala
la touching nyer)
Next year Insya Allah Alif start ke pre
school..Erm, tak tau la tahun depan budak dua orang ni akan tanya dan cakap pasal
apa pulak..
Budak banyak akal |
as salam. bijak tul hero dua org ni...cayalah! abe kie follows your blog. no 106. tq.
ReplyDelete